Terjemahan teks Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia atau Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris secara online dengan citcat Tukarkan Teks Bahasa Malaysia ke Tulisan Jawi dengan Mudah dan Pantas
Word of the Day
SURAT KHABAR ONLINE
e-Banking
PENGURUSAN ICT/PSS
VIDEO KESELAMATAN KOMPUTER
PAUTAN MURID
Visi dan Misi Sekolah
SK Bakar Arang telah diwujudkan hasil daripada pertambahan prasarana dan pertumbuhan yang pesat pada masa kini.Disember 2002 bermulalah era pembukaan SKBA. Seramai 36 orang guru telah ditempatkan di SK Bakar Arang menjelang 2003. Lebih 20 orang guru adalah daripada SK Tunku Ismail. Sambutan positif daripada guru-guru amat membanggakan walaupun guru-guru hanya dimaklumkan melalui telefon sahaja. SK Bakar Arang telah dibuka pada 5 Jan 2003 dan 2 Jan 2003 adalah pendaftran yang pertama. Bilangan murid yang telah didaftarkan di SKBA adalah seramai 905 orang pada 6 Jan 2003. Kini murid-murid telah bertambah. Mesyuarat guru yang pertama adalah pada 23 Disember 2002. Tender kantin telah dibuka pada 16 Disember 2002.
MOTO SEKOLAH
DEDIKASI TERAS KEJAYAAN
VISI SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Bakar Arang akan menjadi sekolah cemerlang dalam Daerah Kuala Muda/Yan pada tahun 2010
MISI SEKOLAH
SK Bakar Arang berazam untuk: 1. Mewujudkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah.
2. Meningkatkan profesionalisme guru dan staf.
3. Mempertingkatkan kecemerlangan pelajar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
4. Mengurus dan melaksanakan program kurikulum dan kokurikulum dengan berkesan.
5. Memupuk sahsiah mulia dan kecenderungan belajar di kalangan pelajar.
6. Mewujudkan prasarana yang paling selamat, kondusif dan ceria untuk pembelajaran.
7. Menjalin hubungan baik dengan ibu bapa dan komuniti ke arah kecemerlangan akademik PIAGAM PELANGGAN
Kami warga sekolah kebangsaan bakar arang dengan penuh iltizam berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;
1. Memberi pendidikan yang berkualiti kepada semua anak didik kami tanpa mengira agama, keturunan dan latar belakang.
2. Mengutamakan kebajikan, keselamatan dan keselesaan semua anak didik kami semasa di sekolah.
3. Memberikan layanan yang cepat dan mesra kepada semua pelanggan kami.
4. Sentiasa mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kami.
5. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam segala urusan seharian kami.
23 Aug : 10:41 SEJARAH KEMERDEKAAN [html] Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.
Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan. Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.
Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol, begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.
Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata. [/html] [ More... ]
Penafian: SK Bakar Arang tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.